Assalamualaikum w.b.t
Prof./Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan
Merujuk kepada perkara di atas, Pihak MyLearn akan melakukan
penyelengaraan penuh bagi pelayan MyLearn dan juga kursus-kursus di
MyLearn, Ini bagi membolehkan pihak kami menyediakan kursus-kursus bagi
semester 2 (2011/2012) bagi kegunaan pensyarah untuk memuat naik bahan
kandungan digital sebelum semester baru bermula.
Oleh demikian, Pensyarah yang ingin menyimpan rekod dan bahan-bahan
pengajaran digital yang terdapat di MyLearn boleh melakukan "self-backup".
Namun begitu, maklumat dan kursus bagi semester yang lepas masih tersedia
untuk
di akses oleh pensyarah dengan ke pautan "archive" yang akan disediakan oleh
pihak kami setelah penyelengaraan selesai.
Cara-cara untuk melakukan "self-backup" ialah :
1. pergi ke kursus di MyLearn
2. pada bahagian administrator click pautan backup
3. ikut arahan seperti dipaparkan
4. muat turun fail zip backup tersebut untuk simpanan pensyarah
Sebarang masalah dah bantuan untuk urusan "self-backup" boleh hubungi
pihak kami di mylearn@umt.edu.my
Sekian
MyLearn Admin