Karnival
E-Pembelajaran UMT 2012 (28-30 April 2012)
Sempena berlangsungnya Karnival E-Pebelajaran UMT 2012, pihak urusetia karnival menganjurkan 'Online Quiz 1UMT'. Hadiah-hadiah pertandingan dan syarat-syarat penyertaan adalah sepertimana berikut:
Hadiah:
Pertama- RM300 dan sijil
Kedua- RM200 dan sijil
Ketiga- RM100 dan sijil
Serta 20 hadiah saguhati dan sijil menanti para pemenang.
Syarat Pertandingan:
1. Pertandingan ini dibuka kepada seluruh pelajar UMT.
2. Soalan kuiz ini mengandungi 30 soalan pengetahuan am dan peserta diberi maksimum masa selama 30 minit sahaja untuk menjawab semua soalan.
3. Seorang peserta hanya dibenarkan mencuba sekali sahaja untuk setiap penyertaan.
4. Peserta yang menjawab soalan dengan tepat dan paling pantas dikira sebagai pemenang.
5. Untuk mencari maklumat dan jawapan, peserta digalakkan membuat carian maklumat menggunaka pelbagai enjin carian (searching engine) seperti google,
Wikipedia dan lain-lain.
Tarikh buka penyertaan: 24 April 2012 (12.00 tengahri)
Tarikh tutup penyertaan: 28 April 2012 (4 petang)
Selamat Mencuba!!
Jawab sekarang : http://mylearn.umt.edu.my/11122/mod/quiz/view.php?id=22541