Picture of MyLearn Administrator
Penutupan Operasi Pusat Data Oleh PPTM
by MyLearn Administrator - Thursday, 16 May 2013, 08:49 AM
 
Assalammuaalaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,

Untuk makluman semua warga UMT, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM) akan melaksanakan penyelenggaraan dan pengujian Genset Bangunan PPDSNZ dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Harta (PPH). Berhubung dengan perkara ini, perkhidmatan ICT kepada semua warga UMT termasuk warga pelajar akan mengalami gangguan semasa proses penutupan bekalan elektrik ke Pusat Data.

Penutupan Operasi Pusat Data akan berlaku sepertimana ketetapan dibawah :

Tarikh : 17 Mei 2013 (JUMAAT)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari

Oleh demikian, akan berlaku ganguan terhadap akses kepada sistem MyLearn.
Walaubagaimanapun, pihak PPTM akan berusaha untuk meminimumkan kadar masa gangguan perkhidmatan ini. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau di talian hotline PTM 4490/4489/4262.

Mohon maaf atas kesulitan.

Sekian. Terima kasih.