Picture of MyLearn Administrator
Gangguan Capaian Elearn 28 Oktober 2010
by MyLearn Administrator - Wednesday, 27 October 2010, 08:08 AM
 
Assalammuaalaikum WBT,

Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,

Untuk makluman semua warga UMT, Pusat Teknologi Maklumat sedang
melaksanakan penaiktarafan Pusat Data PTM dengan kerjasama Pejabat
Pembangunan Harta (PPH). Berhubung dengan perkara ini, perkhidmatan kepada
semua warga UMT termasuk warga pelajar akan mengalami gangguan semasa
proses penutupan bekalan elektrik ke Pusat Data bagi memberi laluan
kerja-kerja menaiktaraf peralatan elektrik di Pusat Data PTM.

Antara perkhidmatan yang akan mengalami gangguan secara berperingkat ialah :

Gangguan PERTAMA

1. Sistem Aplikasi Berasaskan Web Based (mynemo, website UMT , e-learn ,
e-kuliah dan lain-lain aplikasi)
2. Pangkalan Data Utama Universiti

Tarikh : 28 Oktober 2010 (KHAMIS)
Masa : 7.00 malam hingga 6.00 pagi (29 Oktober 2010)