MAKLUMAN
Anda sekarang berada dalam sistem yang telah di arkibkan iaitu sistem e-Pembelajaran Oceania sesi 1 2013/2014 (Arkib)
Jika ingin ke sesi terkini sila pergi ke pautan ini
MAKLUMAN
Anda sekarang berada dalam sistem yang telah di arkibkan iaitu sistem e-Pembelajaran Oceania sesi 1 2013/2014 (Arkib)
Jika ingin ke sesi terkini sila pergi ke pautan ini
Selamat datang ke Sistem ePembelajaran UMT. Untuk makluman, pihak unit eLearning PPDSNZ sedang dalam proses menaiktaraf sistem ePembelajaran versi terbaru ini bagi menambahbaik keperluan semasa dalam penggunaan sistem ini. Dalam sistem ini anda boleh mencari alat dan cara lebih mudah untuk membuat pembelajaran dalam talian. Tugasan dalam talian, import soalan-soalan, pesanan dalaman dan modul-modul e-mel, mekanisma penggredan komprehensif dan pemantauan kegiatan pelajar akan membuat pembelajaran dalam talian anda satu langkah di depan daripada sebelum ini. Untuk pelajar, anda boleh merekodkan ke dalam sistem menggunakan maklumat mynemo cridential (nama pengguna / kata laluan). Selepas log masuk sila kemas kini maklumat anda dan pastikan anda hanya menggunakan e-mel pelajar anda (matricno@student.umt.edu.my).. Terima kasih dan selamat belajar.. |
![]() Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya bagaimana untuk menggunakan sistem ini sila hubungi :
Atau anda boleh mengirim e-mel pertanyaan anda ke mylearn@umt.edu.my |
Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera,
KARNIVAL KOKURIKULUM UMT 2013 PADA 20-22 DISEMBER 2013 DI UMT
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacitanya dimaklumkan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, UMT akan mengadakan Karnival Kokurikulum UMT 2013 untuk Pelajar Kokurikulum Tahun 1 pada 20-22 Disember 2013 di pelbagai lokasi di sekitar Kampus UMT.
Sehubungan dengan itu pihak PPHP menjemput seluruh warga staf UMT dan warga pelajar UMT untuk datang beramai-ramai menyaksikan pelbagai acara-acara sukan, debat dan kebudayaan yang akan dipertandingkan di
samping akan memeriahkan lagi program.
Bersama ini disertakan pengenalan/maklumat berkaitan Karnival Kokurikulum UMT 2013 yang akan berlangsung pada 20-22 Disember 2013 bertempat di sekitar dalam UMT.
Sekian, terima kasih.
MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN:
ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM
MAKLUMAT LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA KEPADA TARIKH 22 DISEMBER 2013 JAM 10.00 PAGI & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN (PENULISAN ESEI IMPAK PROGRAM)
Bersama ini disertakan pengenalan/maklumat berkaitan Anugerah Tokoh Siswa 2013 IPTA yang telah dilanjutkan tempoh penyertaannya kepada 22 Disember 2013.
Sehubungan daripada penangguhan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang pada mulanya dijadualkan pada 14 Disember 2013 kepada tahun 2014 (tarikh jangka pada 1 Mac 2014), sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah membuka semula Anugerah Tokoh Siswa 2013 kepada warga pelajar IPTA yang akan dilanjutkan penyertaannya sehingga 22 Disember 2013 (Ahad) ini.
Justeru itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput sekali lagi tuan/puan warga pensyarah yang ingin memberikan pencalonan pelajar mereka yang berkelayakan dan boleh mendapatkan Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang telah dibuka semenjak 12 Disember 2013 di kedua-dua
pejabat tersebut :
1) Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Aras 1, Kompleks Siswa,
2) Pejabat Pentadbiran, Kolej Sheikh Abdul Malek, Aras 1, Kolej Siswa
Sebanyak 19 anugerah akan dipertandingkan mengikut 2 kategori berikut:
1) Kategori Kepimpinan (10 anugerah)
2) Kategori Kesukarelawanan (8 anugerah)
Terdapat 1 Anugerah UTAMA yang akan direbut daripada penerima anugerah tokoh dari kedua-dua kategori tersebut.
Anugerah ini terbuka kepada :-
- Semua pelajar di IPTA
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma @ Ijazah Sarjana Muda; dan - CGPA TERKINI sekurang-kurangnya 3.00.
Untuk makluman juga, hampir semua anugerah ini terbuka kepada PELAJAR TAHUN AKHIR dan hanya ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN dan ANUGERAH SUKARELAWAN HARAPAN sahaja adalah terbuka kepada SELAIN PELAJAR TAHUN AKHIR.
Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat KRITERIA ANUGERAH Pertandingan dan Syarat/Panduan Penyertaan untuk perhatian, rujukan dan tindakan sekalian. MOHON HANTAR BORANG & DOKUMEN SELENGKAPNYA.
Tarikh tutup penghantaran borang di Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, UMT adalah pada/selewat-lewanya pada 22 Disember 2013 (AHAD) jam 10.00 PAGI.
Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan En. Mohd Salleh Bain di talian 09-6684135 dan Puan Suzana Shamsuddin di talian 09-668 4460.
E-LEARNING FOR
DEGREE STUDENT
SESSION 1 2013/2014
Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | Today Friday, 22 September 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |