Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Yang Berbahagia Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan merujuk kepada perkara yang dinyatakan diatas;
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah (PPDSNZ) akan menganjurkan program latihan pangkalan data dan juga pengenalan terhadap perkhidmatan perpustakaan digital. Program yang diadakan ini adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada pelanggan mengenai serta runding-cara khusus dalam menggunakan bahan-bahan digital PPDSNZ.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 07 Oktober 2013 (Isnin)
Waktu: 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Foyer Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Tarikh: 08 Oktober 2013 (Selasa)
Waktu: 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Foyer Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)
Para pensyarah dan pelajar khususnya, boleh mengambil kesempatan ini untuk mengikuti kelas-kelas latihan pangkalan data yang dikendalikan oleh pembekal serta mengikut pelbagai program menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Bayaran diskaun denda dengan kadar yang istimewa boleh dibuat di kaunter yang disediakan.
Untuk maklumat terperinci jadual latihan dan program, sila klik pautan berikut:
http://www.scribd.com/doc/172678939/Brosur-pdf
Sehubungan dengan itu kami amat mengharapkan agar Yang Berbahgia Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan dapat menggalakkan penyertaan pelajar dan pensyarah demi pendedahan terkini mengenai ICT serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPDSNZ.
Sokongan dan kerjasama dari pihak Yang Berbahgia Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
This is archive e-Learning for Semester 2 2013/2014. Click Here if you are looking for current semester Wadi e-Learning Selamat datang ke Wadi Ilmu, Sistem e-Pembelajaran bagi pelajar Diploma UMT.
Untuk makluman, pihak unit eLearning PPDSNZ telah menaiktaraf sistem e-Pembelajaran di UMT kepada versi yang terbaru sepenuhnya. Dengan pelaksanaan ini sistem e-Pembelajaran bagi pelajar diploma akan dikenali dengan Wadi Ilmu.
Dalam sistem ini anda pelbagai alatan pembelajaran tersedia untuk digunakan oleh pelajar dan pensyarah alatan-alatan adalah seperti tugasan dalam talian, import soalan-soalan, pesanan dalaman dan modul e-mel. Manakalan mekanisma penggredan komprehensif dan pemantauan kegiatan pelajar akan memudahkan proses pembelajaran dalam talian.
Untuk pelajar, anda boleh login masuk ke dalam sistem menggunakan maklumat yang sama seperti di MyNemo (nama pengguna / kata laluan). Selepas log masuk sila kemas kini maklumat anda dan pastikan anda hanya menggunakan e-mel pelajar iaitu (matricno@student.umt.edu.my)..
Terima kasih dan selamat belajar..
Meja Bantuan
Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya bagaimana untuk menggunakan sistem ini sila hubungi :
- Ext : 4826 MyLearn Administrator
Atau anda boleh mengirim e-mel pertanyaan anda ke mylearn@umt.edu.my