KIMIA ANALISIS ASAS
(KA2112)

Nama Kursus : KIMIA ANALISIS ASAS (BASIC ANALYTICAL CHEMISTRY) (KA2112)

Nama Pensyarah : Dr.Tuan Nurul Sabiqah Tuan Anuar

Sinopsis Kursus :

Kursus ini merangkumi prinsip asas analisis isipadu, kaedah  analisis gravimetri, kaedah-kaedah pentitratan asid-bes, kompleksometri, redoks dan pemendakan. Pengenalan kepada ralat dan pengolahan data analisis serta pensampelan dan penyediaan sampel analisis juga akan dibincangkan.

(This course contains basic principles in volumetric analysis, gravimetric analysis, acid-base titrations, complexometric titrations, redox titrations and precipitation titrations. Introduction to error analysis and data handling and sampling and preparation of samples in analytical chemistry will also be discussed.)

Objektif Kursus :

  1. Menjelaskan tentang prinsip-prinsip dan pengiraan asas analisis isipadu.
  2. Mengenalpasti kaedah-kaedah analisis titrametri dan gravimetri.
  3. Mendedahkan dan menggunakan teori yang berkaitan dengan ralat dan pengolahan data secara statistik dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan data analisis.
  4. Mendedahkan langkah awal dalam kimia analisis yang melibatkan pensampelan dan penyediaan sampel analisis.

Rujukan :

  1. Skoog, D.A., West, D.M., Holler, F.J. & Crouch, S.R. (2003). Fundamentals of Analytical Chemistry. 8th ed. Thomson and Brooks/Cole, Singapore.
  2. Christian, G.D. (2004). Analytical Chemistry. 6th ed. John Wiley & Sons, U.S.A.
  3. Kellner, R., Mermet, J.M., Otto, M., Valcarcel, M. & Widmer, H.M. (2004). Analytical Chemistry: A modern approach to analytical Science. 2nd ed. Wiley-VCH.
  4. Hiqson, H.P.J. (2004). Analytical Chemistry. Oxford University Press.
  5. Higson, S. P. J. (2003). Analytical Chemistry. OUP, Oxford.