Announcement

ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 PERINGKAT UMT

 
 
Picture of System
ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 PERINGKAT UMT
by System - Thursday, 21 November 2013, 1:56 AM
 

Assalamualaikum wrt/Salam Sejahtera,

Kepada Warga Pelajar UMT sekelian,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dengan
kerjasama Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Majlis Anugerah
Tokoh Siwa 2013 bagi seluruh IPTA.

Sebanyak 19 anugerah akan dipertandingkan mengikut 2 kategori berikut:

1) Kategori Kepimpinan (10 anugerah)

2) Kategori Kesukarelawanan (8 anugerah)

Terdapat 1 Anugerah UTAMA yang akan direbut daripada penerima anugerah
tokoh dari kedua-dua kategori tersebut.

Anugerah ini terbuka kepada :-

- Semua pelajar di IPTA
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma @ Ijazah Sarjana Muda; dan
- CGPA TERKINI sekurang-kurangnya 3.00.

Untuk makluman juga, hampir semua anugerah ini terbuka kepada PELAJAR
TAHUN AKHIR dan hanya ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN dan ANUGERAH SUKARELAWAN
HARAPAN sahaja adalah terbuka kepada SELAIN PELAJAR TAHUN AKHIR.

Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat KRITERIA ANUGERAH
Pertandingan untuk perhatian dan rujukan sekalian.

Sehubungan dengan itu,  pihak kami dengan sukacitanya menjemput kepada
tuan/puan warga pensyarah yang ingin memberikan pencalonan pelajar mereka
yang berkelayakan dan boleh mendapatkan Borang Pencalonan Anugerah Tokoh
Siswa 2013 bermula hari ini di kedua-dua pejabat tersebut :

1)  Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Aras 1, Kompleks Siswa,

2)  Pejabat Pentadbiran, Kolej Sheikh Abdul Malek, Aras 1, Kolej Siswa

Tarikh tutup penghantaran borang di Kaunter Pusat Pembangunan Holistik
Pelajara, UMT dalah pada 25 November 2013 (Isnin) jam 4.00 petang.

Pihak kami juga membuat hebahan kepada pelajar melalui facebook PPHP,
facebook forUMT serta memo di semua fakulti, makmal berpusat dan juga
Kolej Siswa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan En. Mohd Salleh Bain di
talian 09-6684135 dan Puan Suzana Shamsuddin di talian 09-668 4460.

Sekian. Terima kasih.