Announcement

PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN MALAYSIAN SOFT SKILLS SCALE (My3S) FASA 2

 
Picture of ABDUL HADI BIN ISMAIL
PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN MALAYSIAN SOFT SKILLS SCALE (My3S) FASA 2
by ABDUL HADI BIN ISMAIL - Wednesday, 28 November 2018, 3:00 PM
 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera YBhg. Dato./Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, 

PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN MALAYSIAN SOFT SKILLS SCALE (My3S) FASA 2 BAGI PELAJAR: 
- Semester 5, Kemasukan Sesi 2016/2017;
- Semester 3, Kemasukan Sesi 2017/2018;
- Semester 1, Kemasukan Sesi 2018/2019; 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato’/Prof. sedia maklum, pelaksanaan instrumen Malaysian Soft Skills Scale (My3S) Fasa 2 ke atas pelajar warganegara di peringkat sarjana muda telah dilaksanakan bermula pada September 2016 bagi menilai pencapaian dan tahap keupayaan kemahiran insaniah pelajar. Pelaksanaan My3S Fasa 2 ini melibatkan pengisian sebanyak tiga (3) kali bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pengajian mereka. 

3. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa sistem soal selidik My3S Fasa 2 akan dibuka secara atas talian bermula 26 November 2018 (Isnin) sehingga 31 Disember 2018 (Isnin) untuk diisi oleh para pelajar peringkat sarjana muda seperti berikut: 

i. Semester 5, Kemasukan Sesi 2016/2017; 
ii. Semester 3, Kemasukan Sesi 2017/2018 (hanya pelajar yang menjalani tempoh pengajian selama 3 tahun sahaja);
iii. Semester 1, Kemasukan Sesi 2018/2019 

4. Justeru itu, pihak kami memohon kerjasama YBhg. Dato./Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, untuk membuat hebahan dan memastikan semua pelajar mengisi My3S bagi membolehkan setiap pelajar menilai kemahiran insaniah diri mereka.

5. Bersama ini dilampirkan hebahan pelaksanaan kajian My3S untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato./Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. 

Sekian,Terima Kasih 

"Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat"
"Ocean Of Discoveries, Global Sustainability" 

PUSAT PERANCANGAN, PEMBANGUNAN DAN KUALITI AKADEMIK
PEJABAT - 4214
NO. FAX - 4383