Penilaian impak alam sekitar merupakan kaedah perancangan pembangunan yang penting dan membantu pembuat keputusan (kerajaan) dalam langkah kawalan pencemaran terhadap alam sekitar daripada aktiviti-aktiviti pembangunan. Garispanduan, polisi, peraturan dan akta didedahkan untuk memberi informasi secara kritikal untuk membantu sama ada sesuatu projek itu diluluskan atau tidak. Pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran untuk memahami, mengulas secara kritikal dan menilai secara holistik impak sesuatu pembangunan terhadap alam sekitar dan pemegang taruh berpandukan elemen kemahiran abad ke 21. Pelajar menjalankan kajian kes sebenar dalam mendalami subjek ini di mana akhirnya pelajar dapat menghasilkan laporan atas sesuatu kes dan melihat impak dari aspek alam sekitar dan sosioekonomi bagi mengekalkan kelestarian sesuatu pembangunan berbantukan Teknologi 4.0.