Nama kursus : Mekanisme Dalam Kimia Organik (Mechanisms in Organic Chemistry)

                                                                  Kod kursus: KIM3201

Nama staf akademik:

Dr. Soraya Shafawati Binti Mohamad Tahier (K1) / Dr. Noor Wini Binti Mazlan (K2)

Rasional pemilihan kursus untuk program:

Kursus ini akan membolehkan pelajar mendapat pengetahuan asas dalam meramal mekanisme tindakbalas dan hasil yang terbentuk bagi tindakbalas organik. Ini akan membantu meningkatkan pengetahuan pelajar dalam kursus seterusnya yang berkaitan (Kimia Sebatian Karbonil dan Kimia Heterosiklik).

Objektif:

  1. Mendedahkan pelajar mengenai mekanisme tindakbalas SN1, SN2, E1 dan E2 bagi sebatian alkil halida, alkohol dan eter.
  2. Mendedahkan pelajar mengenai mekanisme tindakbalas penggantian eletrofilik aromatik bagi benzena berpenggantian.
  3. Mendedahkan pelajar mengenai jenis-jenis tindakbalas perisiklik dan mekanisme tindakbalas yang terlibat.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

 

CLO1: Menerangkan jenis-jenis tindakbalas organik dan diagram aras tenaga bagi tindakbalas  organik (K2-PLO1).

CLO2: Meramalkan hasil tindakbalas dan mekanisme tindakbalas yang terlibat bagi tindakbalas penukargantian nukleofilik (SN1 dan SN2), tindakbalas penyingkiran (E1 dan E2), tindakbalas eletrofilik benzena berpenggantian dan tindakbalas perisiklik (K3-PLO1).

CLO3: Menghubungkaitkan permasalahan yang berkaitan dengan tindakbalas kimia dan mekanisme yang terlibat dalam pembentukan sesuatu sebatian kimia (K5-PLO3).

CLO4: Mencari dan menguruskan maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan (A3-PLO7).