Announcement

Nation-wide Study on MOOC Readiness among Malaysian University Students

Nation-wide Study on MOOC Readiness among Malaysian University Students

by KHAIRUL BUKHARI BIN ABD HAMID -
Number of replies: 0

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia Semua Rakan-rakan IPTA,

 
Bersempena dengan pelaksanaan penawaran 4 kursus MOOC melalui platform OpenLearning, saya sedang menjalankan kajian MOOC Readiness among Malaysian University Students. Kajian ini bertujuan melihat kesediaan pelajar mengikut MOOC dari  pelbagai aspek (seperti dalam soal selidik)
 
Mohon link untuk soal selidik ini  di masukkan di muka hadapan 4 kursus MOOC serta di war-warkan di IPT masing-masing. Pelajar yang tidak mengikuti MOOC pun boleh menjawab soal selidik ini kerana dalam masa terdekat semua IPT akan menawarkan 20 kursus terpilih secara MOOC.
 
Data keseluruhan yang dikumpul nanti akan saya bentangkan di Mesyuarat CAP e-Learning, Mesyuarat MEIPTA dan Mesyuarat MAGNETIC nanti insyallah. Saya juga boleh memberi data mengikut IPTA masing-masing supaya setiap IPTA mendapat sedikit gambaran mengenai kesediaan pelajar mengikut MOOC di IPT masing-masing.
 
URL untuk soal selidik tersebut boleh dicapai seperti berikut:
 
Tarikh akhir mengisi soal selidik ini ialah pada 30 September. Ada 5 lucky draw bernilai RM200 (tak dapat nak beri hadiah iPad atau Tablet kerana kajian ini saya buat atas inisiatif sendiri dan tidak mendapat sebarang pembiayaan)
 
Kerjasama semua rakan-rakan IPT sangat saya hargai & didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Wasalam & Regards,
 
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
Pengerusi, CAP e-Learning,
PSTPN, KPM