Announcement

Pameran Poster Langkawi Geopark

Pameran Poster Langkawi Geopark

by System -
Number of replies: 0

Assalamua'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera...


Ybhg. Prof, Tuan, Puan;

Izinkan saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara yang dinyatakan diatas.

Sukacita dimaklumkan bahawa PPDSNZ dan Langkawi Development Authority akan menganjurkan Pameran Poster Langkawi Geopark dengan merujuk kepada maklumat berikut:

Tajuk Pameran: Pameran Poster Langkawi Geopark
Tarikh Pameran: 11 dan 12 Jun 2013
Waktu Pameran: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Ruang Pameran Utama Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah, UMT

Pameran yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai hutan pesisiran pantai khususnya hutan bakau di Langkawi seperti Kawasan Kilim Karst Geoforest Park.

Warga UMT adalah dijemput untuk menghadiri pameran poster yang akan diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan ekosistem dan alam semula jadi yang terdapat di Kilim Karst Geoforest Park.


Sekian, Makluman

Seksyen Perkhidmatan Penyelidikan dan Promosi
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Universiti Malaysia Terengganu