Announcement

MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM

MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM

by ABDUL HADI -
Number of replies: 0

MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN:
ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM


MAKLUMAT LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA KEPADA TARIKH 22 DISEMBER 2013 JAM 10.00 PAGI & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN (PENULISAN ESEI IMPAK PROGRAM)

Bersama ini disertakan pengenalan/maklumat berkaitan Anugerah Tokoh Siswa
2013 IPTA yang telah dilanjutkan tempoh penyertaannya kepada 22 Disember
2013.

Sehubungan daripada penangguhan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang
pada mulanya dijadualkan pada 14 Disember 2013 kepada tahun 2014 (tarikh
jangka pada 1 Mac 2014), sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Pengajian
Tinggi (JPT) telah membuka semula Anugerah Tokoh Siswa 2013 kepada warga
pelajar IPTA yang akan dilanjutkan penyertaannya sehingga 22 Disember 2013
(Ahad) ini.

Justeru itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput sekali lagi
tuan/puan warga pensyarah yang ingin memberikan pencalonan pelajar mereka
yang berkelayakan dan boleh mendapatkan Borang Pencalonan Anugerah Tokoh
Siswa 2013 yang telah dibuka semenjak 12 Disember 2013 di kedua-dua
pejabat tersebut :

1) Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Aras 1, Kompleks Siswa,

2) Pejabat Pentadbiran, Kolej Sheikh Abdul Malek, Aras 1, Kolej Siswa


Sebanyak 19 anugerah akan dipertandingkan mengikut 2 kategori berikut:

1) Kategori Kepimpinan (10 anugerah)

2) Kategori Kesukarelawanan (8 anugerah)

Terdapat 1 Anugerah UTAMA yang akan direbut daripada penerima anugerah
tokoh dari kedua-dua kategori tersebut.

Anugerah ini terbuka kepada :-

- Semua pelajar di IPTA
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma @ Ijazah Sarjana Muda; dan -
CGPA TERKINI sekurang-kurangnya 3.00.

Untuk makluman juga, hampir semua anugerah ini terbuka kepada PELAJAR
TAHUN AKHIR dan hanya ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN dan ANUGERAH SUKARELAWAN HARAPAN sahaja adalah terbuka kepada SELAIN PELAJAR TAHUN AKHIR.

Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat KRITERIA ANUGERAH
Pertandingan dan Syarat/Panduan Penyertaan untuk perhatian, rujukan dan
tindakan sekalian. MOHON HANTAR BORANG & DOKUMEN SELENGKAPNYA.

Tarikh tutup penghantaran borang di Kaunter Pusat Pembangunan Holistik
Pelajar, UMT adalah pada/selewat-lewanya pada 22 Disember 2013 (AHAD) jam
10.00 PAGI.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan En. Mohd Salleh Bain di
talian 09-6684135 dan Puan Suzana Shamsuddin di talian 09-668 4460.