Kursus ini membincangkan prinsip-prinsip asas nanoteknologi dan aplikasinya dalam bidang alam sekitar. Topik-topik rangkuman termasuk pengenalan kepada sains nano dan nanoteknologi, prinsip asas "kesan nano", pengkelasan bahan nano, sintesis dan pencirian struktur nano, aplikasi nanoteknologi dalam bidang alam sekitar dan etika dalam nanoteknologi. Kursus ini memperkasakan pelajar dengan kemahiran abad ke 21 dengan menggalakkan mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkerjasama dan berkomunikasi dengan aktif bagi membincangkan isu-isu berhubung penggunaan nanoteknologi dalam bidang alam sekitar. Pendekatan sibergogi juga digunakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran teradun. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web, penilaian atas talian dan aktiviti interaktif juga diterapkan di dalam pelaksanaan kursus ini.