Kursus ini membincangkan mengenai  keberadaan Malaysia terutama dalam arus globalisasi. Ia merangkumi aspek pensejarahan awal  Malaysia sehingga pembentukan Malaysia moden sekarang. Kursus ini memberi penekanan kepada agenda pembangunan politik, ekonomi dan sosial Malaysia, baik di peringkat nasional atau antarabangsa. Ia termasuk sistem dan struktur kerajaan, konsep demokrasi parlimen, perlembagaan Malaysia serta Rukun Negara sebagai ideologi nasional. Selain itu,  kursus ini mengenengahkan isu-isu keselamatan yang berkaitan dengan Malaysia serta pencapaian Malaysia di peingkat global.