Announcement

Jemputan Ke Program Jelajah Ilmu Ke Fakulti (Siri II / 2013) Pada 07 dan 08 Oktober 2013 (Hari ini di FST)

Jemputan Ke Program Jelajah Ilmu Ke Fakulti (Siri II / 2013) Pada 07 dan 08 Oktober 2013 (Hari ini di FST)

by System -
Number of replies: 0

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Yang Berbahagia Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan merujuk kepada perkara yang dinyatakan diatas;

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah (PPDSNZ) akan menganjurkan program latihan pangkalan data dan juga pengenalan terhadap perkhidmatan perpustakaan digital. Program yang diadakan ini adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada pelanggan mengenai serta runding-cara khusus dalam menggunakan bahan-bahan digital PPDSNZ.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 07 Oktober 2013 (Isnin)
Waktu: 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Foyer Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

Tarikh: 08 Oktober 2013 (Selasa)
Waktu: 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Foyer Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)

Para pensyarah dan pelajar khususnya, boleh mengambil kesempatan ini untuk mengikuti kelas-kelas latihan pangkalan data yang dikendalikan oleh pembekal serta mengikut pelbagai program menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Bayaran diskaun denda dengan kadar yang istimewa boleh dibuat di kaunter yang disediakan.


Untuk maklumat terperinci jadual latihan dan program, sila klik pautan berikut:

http://www.scribd.com/doc/172678939/Brosur-pdf

Sehubungan dengan itu kami amat mengharapkan agar Yang Berbahgia Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan dapat menggalakkan penyertaan pelajar dan pensyarah demi pendedahan terkini mengenai ICT serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPDSNZ.

Sokongan dan kerjasama dari pihak Yang Berbahgia Dato'/Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,