Announcement

JEMPUTAN MENYERTAI INOVASI@UMT 2015

JEMPUTAN MENYERTAI INOVASI@UMT 2015

by ABDUL HADI BIN ISMAIL -
Number of replies: 0

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof/Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

JEMPUTAN MENYERTAI INOVASI@UMT 2015
======================================

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, UMT akan menganjurkan INOVASI@UMT2015 yang dijangka diadakan pada 11-13 Mei 2015. Program pameran dan pertandingan penyelidikan ini bertujuan untuk berkongsi dan menyebarluas maklumat, penemuan serta rekacipta baharu yang dihasilkan oleh para penyelidik UMT.

2. Sehubungan itu, hebahan awal ini dimaklumkan untuk membolehkan YBhg. Dato’/Prof/Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang berminat untuk membuat persiapan bagi menyertai pertandingan tersebut.

3. Pameran dan pertandingan akan dibahagikan kepada 3 Kategori Inovasi iaitu; (1)Inovasi Teknologi (2)Inovasi Ilmu (3)Inovasi Sosial, seperti yang dinyatakan dalam borang penyertaan yang disertakan. *Mohon maklum hanya hasil ciptaan atau progduk yang belum menyertai mana-mana pertandingan akan diterima.

4. Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri dengan segala hormatnya menjemput semua warga UMT untuk menyertai pameran dan pertandingan ini dengan mengisi borang penyertaan yang disertakan. TARIKH TUTUP penyertaan adalah pada 16 April 2015 (Khamis). Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai INOVASI@UMT 2015, YBhg. Dato’/Prof/Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh menghubungi En. Mohd Nazaruddin Bin Omar, Ext: 5049 @ emel: nazaruddin@umt.edu.my atau Pn Asniah Abdullah, Ext: 4940 @ emel: asniah@umt.edu.my).

Kerjasama dan sokongan Dato’/Prof/Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


"TEROKAAN SELUAS LAUTAN DEMI KELESTARIAN SEJAGAT"

PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR