Announcement

Ujilari MOOC KPM

Ujilari MOOC KPM

by System -
Number of replies: 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Staf/Pelajar-pelajar,

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggunakan pendekatan MOOC  untuk penawaran beberapa kursus universiti pada Semester I 2014/2015 bermula pada September ini. MOOC ialah Massive Open Online Course, yang dilaksanakan secara atas talian dengan penyertaan pelajar secara besar-besaran dan melibatkan akses secara global.

 

Untuk melihat keberkesanan infrastruktur dan platform IPTA, satu ujilari akan diadakan secara serentak di semua IPTA pada waktu dan masa berikut:

 

            Tarikh              :           17/07/2014

            Masa               :           10.00 - 11.00 pagi                 

 

Platform yang terlibat dan waktu ujilari ialah:

  1. Open4Learning  (http://open4learn.upsi.edu.my)         :           10.00 - 10.20 pagi
  2. Open Learning (www.openlearning.com)                       :          10.20 - 10.40 pagi
  3. Coursesite  (www.coursesites.com)                               :           10.40 - 11.00 pagi

 

Untuk memastikan keberkesanan infrastruktur, kerjasama pelajar adalah diminta untuk turut serta dalam ujilari ini.

 

Sebagai persediaan untuk ujulari, peserta perlu mendaftar dalam setiap platform. Manual pendaftaran boleh diperolehi di “http://awan.upsi.edu.my” dan klik di “OCW2MOOC”.

Semasa ujilari, peserta diminta untuk:

 

  1. Mengikuti kursus “Agriculture and Man” yang disediakan di dalam semua platform mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Download dan stream video.
  3. Menjalankan aktiviti yang ditetapkan di dalam kursus.
  4. Menjawab soal selidik yang disediakan melalui link yang diberikan. soal selidik boleh diakses melalui : http://ict.upsi.edu.my/training/ocw2mooc

untuk maklumat lanjut boleh ke pautan disini

Sekian, terima kasih.