Kursus ini membincangkan mengenai keberadaan Malaysia terutama dalam arus globalisasi. Ia merangkumi aspek pensejarahan awal sehingga pembentukan Malaysia moden serta keberadaan Malaysia dalam konteks kontemporari. Kursus ini memberi penekanan kepada agenda pembangunan politik, ekonomi dan sosial Malaysia, baik di peringkat nasional atau antarabangsa. Ia juga meliputi sistem dan struktur kerajaan, konsep demokrasi berparlimen, Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara sebagai ideologi nasional. Selain itu, kursus ini mengenengahkan isu-isu keselamatan yang berkaitan dengan Malaysia serta pencapaian Malaysia di peingkat global.