Announcement

MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM

 
Picture of KHAIRUL BUKHARI BIN ABD HAMID
MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM
by KHAIRUL BUKHARI BIN ABD HAMID - Thursday, 19 December 2013, 4:14 PM
 

MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN:
ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN OLEH KPM


MAKLUMAT LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN: ANUGERAH TOKOH SISWA 2013 IPTA KEPADA TARIKH 22 DISEMBER 2013 JAM 10.00 PAGI & PERTAMBAHAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN (PENULISAN ESEI IMPAK PROGRAM)

Bersama ini disertakan pengenalan/maklumat berkaitan Anugerah Tokoh Siswa 2013 IPTA yang telah dilanjutkan tempoh penyertaannya kepada 22 Disember 2013.

Sehubungan daripada penangguhan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang pada mulanya dijadualkan pada 14 Disember 2013 kepada tahun 2014 (tarikh jangka pada 1 Mac 2014), sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah membuka semula Anugerah Tokoh Siswa 2013 kepada warga pelajar IPTA yang akan dilanjutkan penyertaannya sehingga 22 Disember 2013 (Ahad) ini.

Justeru itu,  pihak kami dengan sukacitanya menjemput sekali lagi tuan/puan warga pensyarah yang ingin memberikan pencalonan pelajar mereka yang berkelayakan dan boleh mendapatkan Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang telah dibuka semenjak 12 Disember 2013 di kedua-dua
pejabat tersebut :

1)  Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Aras 1, Kompleks Siswa,

2)  Pejabat Pentadbiran, Kolej Sheikh Abdul Malek, Aras 1, Kolej Siswa


Sebanyak 19 anugerah akan dipertandingkan mengikut 2 kategori berikut:

1) Kategori Kepimpinan (10 anugerah)

2) Kategori Kesukarelawanan (8 anugerah)

Terdapat 1 Anugerah UTAMA yang akan direbut daripada penerima anugerah tokoh dari kedua-dua kategori tersebut.

Anugerah ini terbuka kepada :-

- Semua pelajar di IPTA
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma @ Ijazah Sarjana Muda; dan -  CGPA TERKINI sekurang-kurangnya 3.00.

Untuk makluman juga, hampir semua anugerah ini terbuka kepada PELAJAR TAHUN AKHIR dan hanya ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN dan ANUGERAH SUKARELAWAN HARAPAN sahaja adalah terbuka kepada SELAIN PELAJAR TAHUN AKHIR.

Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat KRITERIA ANUGERAH Pertandingan dan Syarat/Panduan Penyertaan untuk perhatian, rujukan dan tindakan sekalian.  MOHON HANTAR BORANG & DOKUMEN SELENGKAPNYA.

Tarikh tutup penghantaran borang di Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, UMT adalah pada/selewat-lewanya pada 22 Disember 2013 (AHAD) jam 10.00 PAGI.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan En. Mohd Salleh Bain di talian 09-6684135 dan Puan Suzana Shamsuddin di talian 09-668 4460.