Announcement

Perhatian Penting kepada Pelajar yang mendaftar TERAS UNIVERSITI

Perhatian Penting kepada Pelajar yang mendaftar TERAS UNIVERSITI

by ABDUL HADI BIN ISMAIL -
Number of replies: 0

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar yang mengambil antara 4 kursus berikut :

1. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA(TITAS).
2. KESEPADUAN DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.
3. INTRODUCTION TO ENTREPRENEURSHIP.
4. ICT COMPETENCY.

Mohon semua pelajar untuk mendaftar semua kursus di atas di platform MOOC. Di bawah adalah langkah-langkah untuk pendaftaran.

1. Pergi ke platform MOOC di https://www.openlearning.com/malaysiamoocs
2. Pilih setiap kursus satu persatu untuk menyertai kursus-kursus tersebut.
3. Klik pada "Join the course >>" untuk enroll ke dalam kursus tersebut.
(pelajar perlu pilih 4 kursus, bermakna perlu klik pada 4 button "Join the course >>" kursus berlainan)
4. Jika belum mendaftar, form pendaftaran akan keluar. Isi dengan maklumat betul dan menggunakan email UMT.
5. Pilih UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU(UMT) di dalam senarai universiti dan masukkan NO MATRIK dalam ruangan "Student ID".
6. Setelah selesai, akan keluar paparan kursus tersebut. Ulang langkah diatas untuk setiap kursus.

PERHATIAN : Pendaftaran bagi setiap kursus (join the course) hendaklah dilakukan sebelum atau pada 17 Sept 2014.

** Sila rujuk lampiran untuk cara pendaftaran.

MOOC merupakan salah satu kaedah pembelajaran dan pengajaran secara online dan global yang merupakan agenda strategik Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua IPTA di Malaysia. Ia mula diimplementasikan pada semester I sesi 2014/2015 ini. Pelajar boleh mendapatkan maklumat pembelajaran mengenai 4 kursus tersebut melalui platform MOOC yang disediakan.

Terima kasih atas tindakan dan perhatian semua.

--
DR.NORAIDA HAJI ALI
Ketua e-Pembelajaran
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu

Tel: 09-6684332/3260. Faks: 09-6684179
BAHTERA ILMU: http://bahtera.umt.edu.my
MyWeblog: aida-umt.com

"Sama-samalah kita mencari keredhaan ALLAH dalam apa jua yang dilakukan"