Announcement

Pameran Poster (Subjek CSE3505) - Software Testing Tools

Pameran Poster (Subjek CSE3505) - Software Testing Tools

by System -
Number of replies: 0

Assalamua'alaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Ybhg Dato, Prof, Dr, Tuan/Puan;

Sukacita dimaklumkan bahawa satu pameran poster penyelidikan akan dianjurkan oleh
pelajar tahun tiga (Sarjana Muda Sains Komputer-Kejuruteraan Perisian), Jabatan Sains Komputer. 
Pameran ini adalah bertujuan untuk membentangkan 9 projek kumpulan berkaitan "Software Testing Tools".
 

Butiran pameran adalah seperti berikut:


1. Tempat Pameran: Ruang Pameran Utama PPDSNZ
2. Tarikh/Waktu Pameran: 19 Dis 2013 (Khamis)/10.00 pagi - 1.00 tengahari
3. Pengunjung yang disasarkan: Warga Fakulti/Warga UMT
4. Kursus: CSE3505 - Software Testing 
5. Pengisian pameran:
     5.1 Pameran poster 
6. Penyelaras Program: Prof. Dato` Dr. Aziz Bin Deraman 


Sehubungan dengan itu, Warga Fakulti/Warga UMT adalah dijemput untuk menghadiri
pameran yang diadakan ini bagi meningkatkan pengetahuan melalui hasil poster yang
dibentangkan. 

Semoga emel ini memberi maklum kepada tuan/puan jua.

Sekian, terima kasih


Seksyen Perkhidmatan Penyelidikan  dan Promosi BPPM
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Universiti Malaysia Terengganu
20130 Kuala Terengganu 
Tel:09-6684116/4264
Faks: 09-6684179
emel:ppdsnz@umt.edu.my